Honda City
Honda City

Honda City

Honda City merupakan kereta subpadat keluaran syarikat automotif Jepun Honda sejak tahun 1981. Asalnya ia dibina sebagai model kereta bandar raya khusus untuk pasaran Jepun, Eropah dan Australia dan dihentikan pengeluarannya tanpa pengganti pada tahun 1994, namun ia dihidupkan semula sebagai satu siri kereta padat empat pintu yang disasarkan kepada pasaran negara membangun, terutamanya di Asia, Amerika Latin dan Australia.Sejak 2002, City juga dikenali sebagai Honda Fit Aria kerana ia adalah model sedan subpadat yang dibina berasaskan pelantar Kereta Kecil Sejagat Honda bersama-sama Honda Jazz (hatchback lima pintu), Honda Airwave (kereta estet berasaskan Honda City), Honda Mobilio, dan Honda Freed — kesemuanya mempunyai tangki bahan api di bawah tempat duduk hadapan dan bukannya tempat duduk belakang sebagaimana kebanyakan kereta lain.